Cerita iPhone

Kenapa Saya Banyak Cerita Tentang iPhone?

Kalau anda perasan artikel artikel di laman web saya ni, saya banyak bercerita tentang tips beli iPhone, tips penjagaan iPhone, cerita tentang masalah pada motherboard iPhone dan banyak juga cerita paling hangat pasal iPhone iaitu tentang Battery Health.

Bagaimana dan mengapa saya banyak bercerita tentang iPhone ni?

Saya Bekas Pengusaha Kedai Repair & Jualan iPhone Di Seremban

Saya adalah bekas pengusaha kedai repair & jualan iPhone yang berada di Seremban, Negeri Sembilan. Nama kedai repair iPhone saya adalah Taliponiesta, yang menggunakan laman web www.taliponiesta.com. Saya bermula mengusahakan Taliponiesta pada 6 Oktober 2017 di sebuah kedai kecil di Kampung LBJ yang berdekatan dengan Politeknik Nilai.

Di kedai di Kampung LBJ ini saya memberikan servis repair iPhone dan juga saya menjual iPhone terpakai (used iPhone), dan ada juga beberapa model Android phone yang saya repair juga mengikut stock pada pihak supplier.

Kemudian pada November 2019, saya pindahkan Taliponiesta dari Kampung LBJ ke sebuah lot perniagaan yang lebih besar sedikit di Kemayan Square, Seremban. Lokasinya masih ada di Google jika anda taip ‘Taliponiesta Seremban’.

Selain dari itu, saya juga pernah buka cawangan Taliponiesta di Ayer Keroh (Melaka), Bandar Baru Nilai (Nilai), Desa Cempaka (Nilai) dan juga di Bandar Baru Bangi (Selangor).

Saya Telah Hentikan Operasi Kedai Handphone Saya

Pada 23 November 2024 yang lalu, saya telah pun menghentikan operasi Taliponiesta yang berada di Seremban ini. Segala aktiviti perniagaan yang melibatkan penjualan iPhone dan juga repair iPhone telah saya hentikan.

Dengan Pengalaman 7 Tahun, Saya Tulis Artikel Untuk Bantu Anda

Dengan pengalaman selama lebih kurang 7 tahun dalam bidang penjualan iPhone dan lebih 10 tahun dalam bidang repair iPhone, saya tuliskan artikel artikel yang berkaitan dengan iPhone. Setidaknya saya boleh juga berkongsi tips tips dengan anda yang mungkin mencari solusi untuk apa apa masalah di Google ni.