Jalan Jalan

Simpang Empat Yang Tak Akan Pernah Siap — Bandar Enstek ke Litar Sepang

Anda bekerja di KLIA dan menetap di Bandar Enstek, Kota Seriemas, Kuarters KLIA, Kampung Jijan, Kampung LBJ, Eka Matahari, mahupun Sendayan, Tiara, ataupun Seremban, pasti dah biasa dengan simpang empat yang terletak di tengah tengah antara Bandar Enstek dan Litar Sepang ni.

Ini adalah lokasi tepat mengikut Google Maps — https://maps.app.goo.gl/EyhHtvCznLKiNK8GA

Saya tak bekerja di KLIA, tapi saya sangat kerap guna laluan ini. Ye lah, belakang rumah saya je kan.

Simpang Empat Yang Penuh Dengan Kon Setelah Bertahun – Tahun Lamanya

Simpang empat ini memang penuh dengan kon disana dan disini. Tidak ada sudut yang anda tak akan nampak kon. Walaupun semua yang ada dalam gambar ni sebenarnya adalah Water Barrier, tapi saya panggil kon je lah, senang faham. Warna pun memang dah sama macam kon.

Tapi memang betul, tak ada sudut yang tak ada kon (atau Water Barrier). Saya toleh ke kanan, ada kon. Saya toleh ke kiri, ada kon. Pelik juga, adakah ini sememangnya design yang sudah final?

Toleh ke kiri, penuh dengan kon (Water Barrier)
Toleh ke kanan, sama juga!

Kalau tengok betul betul, rumput rampai pun dah memanjat hingga naik ke atas kon kon ini. Lama betul kan? Saya fikir tak lama lagi, mungkin 10-20 tahun sahaja lagi, simpang empat ini akan dirizabkan menjadi hutan simpan yang penuh flora dan fauna yang rare!

Kini Ada Update Baru — Tiang Traffic Light Tinggal Satu Sahaja!

Ini adalah update paling saya suka, tiang traffic light tinggal satu sahaja. Mungkin tak lama lagi, yang satu ni pun akan lenyap juga. Hanya mereka yang hafal kronologi arah mana yang hijau dulu sahaja yang boleh jalan. Yang lain, tunggu kena hon baru jalan!

Walau bagaimanapun, saya pasti mesti ada sebab yang munasabah kenapa simpang empat ini tak pernah siap. Tak mungkin mereka malas. Tak mungkin kontraktor lari. Pasti ada sebab yang masuk akal.