Memang dah lama saya perhatikan MG4 EV ni, design memang cantik! Lagi lagi bila tahun lepas, Abang Gan Pandu Laju buat review kat area Sepang pasal MG4 ni. Katanya memang laju! Tapi dia buat testing dengan MG4 varian yang paling mahal tu, MG4 X Power. Yang saya minat ni adalah varian yang biasa punya je. Samada varian Standard ataupun varian Lux.
Ini link review MG4 oleh Pandu Laju (Abang Gan) – https://www.youtube.com/watch?v=85JNv0LXiwQ&ab_channel=PanduLaju
Walk-in Terus di Showroom MG Seremban 2.
Jadi, dengan perasaan yang happy, Khamis lepas (6 Februari 2025) saya terus je walk-in ke showroom MG di Seremban 2 yang dekat dengan Aeon Seremban 2 tu. Saya masuk dan terus bagitahu dekat staff yang ada kat situ, saya nak test drive MG4 varian Lux sebab boleh la saya testing battery consumption sekali.
MG Motor Seremban (SV Auto Haus Sdn Bhd)
Model Yang Available Untuk di-Test Drive di MG Seremban 2
Ada beberapa model yang boleh di-test drive di showroom MG ni, contoh yang saya nampak kat sini adalah MG4 EV (pelbagai varian), MG ZS EV pun ada. Kemudian ada juga model yang bukan kereta elektrik (Electric Vahicle), contohnya MG5 (yang ni model sedan) dan juga MG HS.

Kalau ikut dalam gambar ni, dari kiri adalah MG5 (Grey), MG5 (Red), MG ZS EV (Red), MG5 (Red) dan akhir sekali yang paling menarik, MG4 EV. Tapi saya tak nak tengok pun model model yang lain ni, memang nak terus test drive MG4 je.
Interior MG4 Kemas — Saya suka!
Pendapat saya, bahagian cockpit untuk MG4 ni memang cantik, nampak clean je. Tombol gear pun guna jenis Rotary Dial, sama je macam Range Rover Evoque yang saya guna sekarang. Cuma dimata saya nampak kurang memuaskan, mungkin saiz LCD Screen di depan pemandu nampak terlalu kecil. Kalau dapat lagi besar, mesti lagi menarik kan.
Tapi okay je, bukan complaint pun.

Pada steering wheel, ada banyak button yang saya tak berminat nak try pada masa test drive ni. Kalau satu hari saya beli MG4 ni, baru lah saya akan belajar dan explore butang butang pada steering wheel ni. Lagipun saya memang jenis old school sikit, contohnya nak kawal volume radio pun saya akan ejas pada tombol di center console, bukan pada steering wheel.
Saya masuk je, tak perlu tekan apa apa butang ‘Start’ macam kereta ICE. Bila saya masuk je dalam kereta ni dan tutup pintu, kereta dah ready untuk dipandu. Fuh, memang senang betul la EV ni kan.
Jom, terus lah kita Test Drive!
Dan sebelum bergerak, saya snap gambar details pada LCD Screen, supaya saya dapat tengok berapa percent bateri digunakan untuk beberapa KM yang saya panju kejap lagi. Kat bawah ni adalah screenshot — sebelum sesi test-drive dimulakan ;

Peringkat awal, bateri menunjukkan kapasiti sebanyak 82% yang di-claim boleh bergerak sejauh 396 kilometer. Ini adalah anggaran jarak yang (mungkin) boleh dipandu dengan baki bateri 82% tu. Tapi itupun bergantung kepada cara pemanduan. Kalau pandu dengan lincah dan tangkas, memang lah bateri akan drain lebih cepat dari yang dianggarkan.
Kalau ikut matematik, dari baki bateri yang ada dalam MG4 yang saya nak test drive ni, 1% bateri boleh dipandu sejauh 4.8 kilometer [Kiraan saya adalah 396 kilometer dibahagikan dengan 82% bateri, akan dapat jumlah (anggaran) jarak untuk setiap 1%]. Jadi kalau sekejap lagi saya test-drive dalam 10 kilometer, anggaran % bateri yang turun sepatutnya 2-3% sahaja lah kan.
Jadi dengan bateri 82%, saya bermula dengan mileage 2,386 kilometer. Dan saya pun berlalu pergi, test drive dengan phone berada dalam kocek. Dan long-story-short, saya sampai semula di showroom MG Seremban 2 ni selepas 11 minit pusing dekat dekat je.
Saya Pandu Sejauh 6 km — Berapa % Bateri Turun?
Test drive ini bermula dengan mileage 2,386 km, dan saya berakhir dengan 2392 km. Saya dah jalan sejauh 6 km dan cuba tengok gambar dibawah, berapa peratus bateri yang tinggal.

Bateri yang turun adalah 2% sahaja. Jadi secara asasnya, secara matematiknya, kiraan bateri ni nampaknya macam tepat — minat saya terhadap MG4 semakin bertambah! Pendapat anda pulak macammana, okay tak kalau dengan bateri yang penuh 100%, boleh bawa anda dalam 480 kilometer? Pada saya, lebih dari okay!
Cuma pada awalnya, estimation kata boleh jalan lagi 396 km. Lepas saya jalan sejauh 6 km sepatutnya balance ada lagi anggaran 390 km instead of 381 km macam dalam gambar. Betul?
Ini sebabnya masa test drive tadi, saya pandu dengan agak laju untuk test pickupnya. Saya pandu dekat jalan lurus depan Shell dan Starbucks Seremban 2, dekat area Centrio tu. Bukan sekali, tapi saya U-Turn sebanyak 3 kali untuk test kat jalan lurus tu — memang laju! Dalam laju tu, tetap selesa. Dan tak bising macam kereta ICE.
[ Info : ICE = Internal Combustion Engine = Kereta yang guna minyak = Bukan kereta EV ]
Cuba Tengok Boot Space & Bonnet
Boleh tahan juga la saiz boot untuk MG4 ni. Untuk kereta hatchback, cukup besar la kan. Memang lebih besar dari boot space Range Rover Evoque pun.

Kalau Tesla, dekat bonnet kereta ada ruang untuk letak barang kan? Tapi harap maaf, untuk MG4 bahagian bonnet di depan ni dipenuhi dengan pelbagai perkakas untuk kereta. Ada motor elektrik, ada pelbagai reservoir untuk cecair, ada macam macam. Tak boleh letak apa apa barang pun. Tapi tak apa, kereta kereta kita sebelum ni memang semua macam ni pun kan. Apa ada hal!

Memang Menarik Minat Saya — Jadi Saya Beli Tak MG4 ni?
Tak, saya tak beli pun. At least buat masa sekarang, saya belum nak beli lagi. Tapi kalau ada rezeki di masa depan, memang saya nak beli MG4 ni untuk pakai secara harian. Tapi kalau nak jalan jauh contohnya nak pergi mandi manda di Desaru Coast Water Park dekat Desaru Johor, confirm saya akan pandu kereta ICE yang guna petrol. Tak confident lagi.

Range Rover Evoque saya (kanan, putih) adalah kategori SUV, dan MG4 EV ni pulak (kiri, grey) adalah kategori hatchback. Tapi kalau dalam gambar ni nampak macam saiz nya lebih kurang pula dengan MG4 ni kan?
Baca juga — What I Like The Most About My 2012 2.0 Range Rover Evoque Si4
